Bila kesunyian mengganti kemesraan,
Bila kesepian mengganti bicara indah,
Bila hati jadi keliru antara rindu dan jemu,
Bila masa terasa lambat berlalu saat bersama,
Bila bulan dan bintang tidak lagi menjadi saksi cinta,
Bila perpisahan menjadi indah,
Bila pertemuan membawa gelisah,
Bila keindahan menjadi hambar,
Bila bicara banyak yang kelat,
Saat semua sudah jadi begini,
Perpisahan lebih manis dari bersama,
.....Pujangga Cinta....
Saturday, August 1, 2009
Perpisahan
Coretan Cinta sha-Z-1's at Saturday, August 01, 2009 0 Titipan Cinta
Hati Berbicara
Namun aku percaya jauh disudut hati mu masih ada sedikit ruang untuk diri ku,
Mungkin ruang itu terlalu kecik dan amt jauh dihati mu,
Coretan Cinta sha-Z-1's at Saturday, August 01, 2009 0 Titipan Cinta
Kata Hati
Manisnya Rindu Bila Bertemu,
Pujangga Cinta
Coretan Cinta sha-Z-1's at Saturday, August 01, 2009 0 Titipan Cinta
CINTA
Cinta aku ingin kau selalu ada disampingku,
Aku mahu kau selalu hadir didalam mimpi-mimpiku,
Aku mahu diri ku selalu di cintai,
Cinta,dengarlah bisikkan hati ku,
Cinta,rasailah getaran didada ku tiap kali ku terpandang diri mu....
Coretan Cinta sha-Z-1's at Saturday, August 01, 2009 0 Titipan Cinta
Surat Cinta
Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya
dibawah kaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan eurika
nostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua. Kehadiranmu bersama
molekul-molekul hidrogen menerjang segala kekusutan yang membelit tali
perutku. Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu gelora dan
shahdu.
Kau juga mengajarku erti cinta, singa laut,beruang kutub, penguin,
kambing salji, mee rebus, cendol, koridor, kotak pensil, tali kasut
dan pasu bunga.Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka.Kau dan aku
umpama Kurt Cobain dan Rafeah Buang yang tidak dapat dipisahkan.
Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet
Ziku itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan
seluruh penternak lipan di Burma . Kau pergi jua ketika Kuala Lumpur
sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998.
Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada penebangan pokok getah
secara besar-besaran di Lembah Klang. Pemergianmu menyebabkan aku
menghidap penyakit resdung dan hepatitis-Q secara mengejut.
Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai
langkah keselamatan. Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah
terjadi. Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting ke
ruang angkasa, apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi
berfungsi setelahaku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan
hingga ke rubber-set. Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita
bagaikan terperangkap di dalam gua yang gelap dan ditemani stlagit dan
stlagmit yang bagai sembilu.
Kondominium cinta yang kita bina dari makgat basikal dan kipas
helikopter akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Ternyata
sikapmu mulai berubah bila Malaysia mula melancarkan satelit MEASAT-1
ke ruang angkasa raya. Sejak itu kau sering melarikan diri bila
terserempak dengan abang iparku. Akhirnya aku menyedari bahawa diri
ini tidak diperlukan lagi.
Sejak kau tiada, aku sering menyendiri berbual-bual dengan pokok betik
untuk mengisi masa lapang. Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada
tiang rumah agar nampak lebih cantik. Saban hari aku termenung di
dalam peti sejuk mengenangkan dirimu yang entah kemana menghilang. Aku
cuba bermain badminton sambil makan mi hailam untuk melupakanmu,
tetapi aku tak berdaya. Lalu aku membakar mesin basuh dan membelasah
empat ekor itik serati jiran sebelah sebagai tanda aku tidak bersalah.
Mengapa? Mengapa sayang? Mengapa ini semua bisa terjadi? Mengapa
setelah kau curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku
sehingga kau terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri. Aku bagaikan
terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni batu yang kau timpakan di atas
belakangku. Derita yang kautimpakan itu adalah bebanan yang terlalu
berat untuk ku tanggung bagaikan mendukung 75 ekor biawak dan 386 ekor
anak beruk. Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku
terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara Berkembar
Petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis
pula keretapi Komuter hingga aku hancur berkecai. Oh! terlalu berat
dugaan yang kutempuhi kini.
Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapa aku. Aku hanya
insan biasa yang suka makan mi segera. Aku bukan McGyver, McDonald's,
Superman atau Kesatria Baja Hitam. Aku juga bukanlah Ultraman seperti
yang kau idam-idamkan. Aku menyedari kekurangan diri dan kekurangan
kemudahan awam di tempat sendiri. Tak perlu dikesali lagi kerana nasi
telah menjadi capati dan tin sardin yang ku genggam ini telah pun
luput tarikhnya. Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah
pemberianmu termasuk enjin kapal selam telah pun aku cincang untuk
dibuat makanan lembu.
Walaupun segalanya telah pun berakhir, disini, diatas pokok getah ini
aku tetap menunggu kau akan kembali. Selagi ada nafas ini, selagi ada
kompleks membeli-belah SOGO, selagi ada kedai kasut selipar di sekitar
Argentina , selagi kumpulan Metallica tidak berpecah, aku tetap
menunggumu sehinggalah mentari terbelah lapan. Namun aku menyedari
bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka. Akhirnya aku mengambil
keputusan mektamad untuk menunggu tiang elektrik dihadapan rumahku
berbuah. kalau tiang elektrik berbuah nanti, aku poskan buahnya
kepadamu. Nak tak?
Coretan Cinta sha-Z-1's at Saturday, August 01, 2009 0 Titipan Cinta
Kenapa Awak Berubah???
Kenapa awak boleh berubah?
knp perasaaan awak leh berubah dlm waktu singkat?
[HARI NI]
cakap suka, ckp miss u lah... ckp need u lah... asyik rindu lah....
[ESOK]
ckp.. busy... x de kedit nak call.. kejar masa... ada hal penting lah...
[HARI NI]
bila kita msg "hi, wat pe?", dia balas panjang2, "x de wat apa2, miss u.. asyik ingat kat u..
bila nak jumpa lagi.... dah makan... saya rindu sampai x lalu makan... awak dah makan....."
[ESOK]
bila kita msg "hi wat pe?", dia balas pendek2, "xde apa2", "x", "ye" dan "k lah, busy jap..."
[HARI NI]
Kalau leh, nak duduk je depan muka kita... sampai kan tv ada depan mata pun xnak tgk...
nak tgk muka, rindu katanya.....
[ESOK]
kalau leh, xnak pandang muka ni.. usah cakap pandang, baru lalu depan tv je dah tengking
"oit, tepi ar... x nampak ke org nak tgk tv....". Bila kita datang dekat je.... "apa dekat2 ni.. rimas ar..."
[HARI NI]
kejap2 call, kejap2 msg... leh dikatakan, handphone asyik berbunyi je.....
sampai kawan cakap "kau ni operator telefon ke? asyik jawab call setiap saat?"...
dan kita membalas dengan senyuman... "lover aku lah..."
[ESOK]
usahkan kata 'miss col', msg pun x de... membuatkan kita setiap saat akan tgk2 handset,
menunggu panggilan @ msg si dia.... sampai kawan cakap "sikit2 tgk hp, asal ngan handphone ko,
rosak ke? senyap je..." dan kita akan tersenyum sambil x berkata apa2 sebab hati membara.
[HARI NI]
wahh... kalau boleh... free sms yg 200 tu nak dihabiskan dlm masa sejam....
[ESOK]
free sms 10 pun setahun nak abis.... tapi still main taip2 handset.. buat2 la hantar msg kat lover...
ye la... kawan2 sume ada lover, kita x de... tapi dlm hati... sedihnya...
[HARI NI]
kejap2 si dia msg..... "selamat pagi", "selamat tgh hari", "sihat ke", "dah makan"
[ESOK]
8, 9 msg kita hantar, belum tentu dia balas.
[HARI NI]
kejap2 nak peluk... kejap2 nak pegang tangan... sambil si dia berkata
"saya nak gengam awak erat, x nak awak lari dari pangkuan saya"
[ESOK]
si dia berjalan mcm atlet negara... ke hadapan seribu batu...
malah siap si dia berkata "cepat ar jalan... mcm siput ar... lembab..."
Semua ni pernah berlaku kan ....
dan mungkin sedang berlaku...
inilah hakikat..
susah nak cari seseorang yang memahami...
walau mcm mana pun si dia lakukan..
kita still setia kan ...
walhal, mungkin ada ramai ag yg leh ganti...
itulah maknanya "SAYANG"....
lagi kita nak lupakan, lagi kita ingat....
lagi kita benci, lagi kita suka...
lagi kita jauhkan diri, lagi kita rindu kan ....
nak wat cam ne....
redha je la..... walau pun terluka..... .....
hurmmmmm.... ......
Coretan Cinta sha-Z-1's at Saturday, August 01, 2009 0 Titipan Cinta
Wednesday, July 29, 2009
Cinta Pertama
Walaupun cinta pertama kita sudah bertahun terkubur namun jauh disudut hati kita masih merindui saat bersama kekasih pertama..
Mengapa kita sering membandingkan apa yang dilakukan kekasih kita dgn kekasih pertama kita...
Mengapa kita masih mengingati kekasih pertama walaupun dia telah pergi jauh meninggalkan kita..Dan mungkin dia sudah melupakan kita serta sedang hidup dgn bahagia bersama istri@suami2kekasih barunya...
Mengapa hati ini masih merindui dia yang sudah bukan milik kita..
Malah jika diberi peluang kita mungkin akan menerima kembali kekasih pertama sebagai kekasih hati...
Coretan Cinta sha-Z-1's at Wednesday, July 29, 2009 0 Titipan Cinta
Tuesday, July 28, 2009
L.O.V.E
LOVE.....
Cinta sukar dimengerti sebab kadang2 kita jatuh cinta pada orang yang tidak sepatutnya..
Ada orang yang bercinta dengan pembunuh,kenapa?sebab cinta itu sukar untuk dikawal..
Bila kita jatuh CINTA,kita akan cuba sedaya upaya untuk memiliki orang yang kita cintai itu..
Walaupun banyak halangan yang terpaksa ditempuh...
Kekadang cinta kita mendapat tentangan masyarakat dan keluarga tetapi kita TETAP meneruskan percintaan itu..
KENAPA????
Kerana CINTA itu membuat kita rasa lebih semangat untuk menghadapi hidup dan CINTA ini telah memberi satu kekuatan kepada kita...
Coretan Cinta sha-Z-1's at Tuesday, July 28, 2009 0 Titipan Cinta
Benci atau Cinta
Pernah tak korang rasa benci sangat kat seseorang..Mungkin orang yang korang benci itu rakan sekelas korang @ rakan sekolah @ rakan sekerja korang sebab dia selalu kaco korang..Korang memang benci tahap cipan dengan orang..Pendek kata nak dengar suara dia pun korang rasa nyampah....
Pada suatu hari orang yang korang benci ni xdatang kelas @ kolej @ kerja selama sehari..Korang mesti rasa lega yang teramat sangat sebab mata+telinga korang takkan terganggu oleh kelibat@suara dia yang selalu menggangu korang.......Tapi setelah hampir seminggu @ 3 hari dia xdatang sekolah@kolej@opis gak,tetibe korang rasa risau...Korang cm tercari2 dia...Hati korang ada sedikit kerisauan pasal ketidakhadiran dia tapi akal korng menafikan kata hati korg...
Hmmm....korang RINDU kt dia ker???Tapi korang kan benci sangat kat dia sebelum ni..bila dia xde korang jadi risau plak....
Pernah xkorang rasa cam ni???
So,sebenarnya korang BENCI ke CINTA kt dia?????
Tanya hati sendiri.....cari jawapan yang sebenar dalam hati korang....sebelum dia,teruz hilang dari pandangan korang....
Coretan Cinta sha-Z-1's at Tuesday, July 28, 2009 3 Titipan Cinta
She Walks in Beauty
She walks in beauty, like the night
Of cloudless climes and starry skies:
And all that's best of dark and bright
Meet in her aspect and her eyes:
Thus mellow'd to that tender light
Which heaven to gaudy day denies.
One shade the more, one ray the less
Had half impair'd the nameless grace
Which waves in every raven tress,
Or softly lightens o'er her face:
Where thoughts serenely sweet express
How pure, how dear their dwelling place.
And on that cheek, and o'er that brow,
So soft, so calm, yet eloquent,
The smiles that win, the tints that glow,
But tell of days in goodness spent,
A mind at peace with all below,
A heart whose love is innocent!
~ Lord Byron (1788-1824)
Coretan Cinta sha-Z-1's at Tuesday, July 28, 2009 0 Titipan Cinta